Artis / Selebriti
” Adoi dengan kita sekali ikut gerak Tiara merayap-merayap nak tengok ayah, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Tiara Zinnirah Merakam Video Ayahnya, Achey Buat Ramai Terhibur. Kesian Si Ayah Tu Jenuh Tertunduk-Tunduk Risau Tak Masuk Frame. Nasib Tak Menyembam Muka Ke Bawah, Haha !!
Umum mengetahui yang pelawak Achey Bocey mempunyai seorang anak angkat yang dijaganya sejak usia masih kecil lagi. Memilih nama sebagai Nur Tiara Zinnirah Nasir, kini Tiara membesar sebagai seorang kanak-kanak yang ceria dan sangat manja dengan Achey.
Terbaru meninjau akaun Instagram Achey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Achey meminta Tiara untuk merekod video menggunakan telefon. Kedengaran Achey meminta Tiara memegang telefon dengan betul dan merekod wajahnya ketika bercakap.

Klik gambar untuk info..
Namun, gaya Tiara merekod video Achey mengundang tawa warganet. Berkali-kali Achey bertanya kepada Tiara adakah video tersebut nampak wajahnya kerana kelihatan seperti Tiara tidak merekod video dengan baik sehingga Achey terpaksa menundukkan wajahnya mengikut gerakan telefon yang dipegang oleh Tiara.

Ada peminat berseloroh mengatakan kesian melihat telatah Achey yang sentiasa mengikut gerakan telefon tersebut dengan harapan wajahnya direkod oleh Tiara. Sehingga kini, video Tiara dan Achey menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur menonton gelagat Tiara sedang merekod video. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ad0i dengan kita sekali ikut gerak Tiara merayap-merayap nak tengok ayah, haha.. Jenuh ayah menunduk2 punyalah risau tak masuk frame. Tiaraaaaaaaa syomelll.. “
” Tak boleh bagi Tiara rekod hancur video.. Penat ayah bercakap, dia taknak bagi kerjasama tolong rekod video ayah, haha.. “
” Trend terkini ambik videolah ayahhh.. Kita pun menjengah2 nak tgok muka ayah awak tu kakak.. Alahai bertuah punya anak.. “
” Member lenguhh gaessss.. Dah siappp.. Gitu aja dia give up hahaha.. Tiara, Tiara, kalau tak buat hal memang tak sah kan.. “
” Aduhaiii Tiara kelakar hahaha.. Penat la ayah tu kejar camera nasip tak masok bawah meja.. Nasib tak sembah bumi haha.. “
” Kakak Tiara telelap sambil record video ayah ea tu.. Penat puasa ea.. Pndai plk tuuu buat good last2 tengah rekod tu.. Bertuah betul.. “
” Hahahahahhaha adoi berdekah gelak. Ayah nye risau dh cakap banyak2 tetibe tak nmpk muka ayah.. Promot barang tu sikit je, asyik tanya nampak ayah ke tak, haha.. “
Alahai Tiara, kalau tak buat hal memang tak sah. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati ramai. Kesian ayah, sampai tertunduk-tunduk ayah Tiara kerjakan, hehe. Apa-apa pun Tiara lah yang menceriakan hari-hari ayah dan juga mama. Semoga Tiara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


