Artis / Selebriti
” Bilal belum 3 tahun rasanya, dah pun baca Al-Quran. Sejuk perut Lofa.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Neelofa gambar-gambar terbaru anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas buat peminat teruja. Wah pandainya Bilal dan Abbas, kagum tengok perkembangan dua beradik ni..
Neelofa masih lagi antara selebriti yang diminati ramai warganet. Kehidupan Neelofa bersama Haris Ismail diserikan dengan kehadiran 2 cahayamata mereka iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Bilal dan Abbas berbeza cuma setahun usia mereka dan sekarang kedua-duanya kelihatan seperti sama besar sahaja.
Meninjau entry di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Bilal dan Abbas. Gambar-gambar ini menarik perhatian warganet, apatah lagi melihat aktiviti yang dilakukan oleh Bilal dan Abbas. Kedua-dua adik beradik ini pencinta buku sama seperti Neelofa.
Apa yang Bilal lakukan pasti Abbas akan mengikutnya. Bilal dan Abbas juga sudah kelihatan hampir sama besar dan tinggi. Neelofa turut berkongsikan sekeping gambar Bilal yang sedang mengaji Al-Quran dan ianya membuatkan ramai kagum dengan cara Neelofa dan Haris mendidik anak-anak mereka.

Bilal dari fasa bayi lagi sudah diasuh supaya mencintai Al-quran. Bilal juga kini sudah mampu membaca surah-surah Muqaddam. Didikan Neelofa dan Haris untuk Bilal dan Abbas mendapat pujian warganet dan ramai yang terinspirasi melihat perkongsian ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masha Allah Bilal pandai baca quran semoga menjadi anak yang soleh buat Bilal dan Abbas.. “
” Both abang Bilal and Abbas dah besar.. Kalam kids tv Marhabaaaaaa my name is Rinaaaad.. cute betul lah dua beradik ni.. “
” Dah besar macam kembar Bilal dan Abbas ni. Abbas dari tepi macam lofa.. Puzzle Neelofa are so cute.. “
” Masya Allah bilal dan abbas ,besar dah abbas sekali tgk mcm twins pulak.. semoga ikatan ukhuwah adik bradik bilal dgn abbas akan berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila.. “
” Masha Allah comel sangat la Abbas dan Bilal.. Sukanya tengok perkembangan Bilal tu. dah pandai baca quran baru umur bp tahun. salute nya tengok.. “
” Random and it’s amazing.. Masyaallah.. so cute la bilal abbas.. semoga membesar dgn sihat dan jdi ank yg soleh.. “
” Bilal belum 3 tahun rasanya, dah pun baca Al-Quran.. kagumnya tengok Bilal.. sejuk perut lofa.. “
Alhamdulillah kehidupan yang Neelofa impikan bersama suami dan anak-anak tercapai. Semoga segala kebaikan yang Neelofa paparkan boleh menjadi semangat dan panduan untuk semua pasangan lain. Semoga Bilal dan Abbas menjadi pendakwah yang menyebarkan syiar Islam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

