Artis / Selebriti
” Dah besar anak-anak Lofa. Ok done zoom gambar dekat cermin. Muka Abbas ke tu, hehe.. ” – Komen Netizen
Neelofa Muatnaik Gambar Terbaru Anak-Anaknya, Muhammad Bilal Dan Abdullah Abbas Curi Perhatian Warganet. Dari Belakang Nampak Sama Besar Bilal Dan Abbas. Amboi, Ada Yang Siap Zoom Gambar Dekat Cermin. Tajam Betul Mata Tu, Haha !!
Neelofa antara selebriti yang sentiasa mencuri perhatian wargamaya. Prinsipnya untuk tidak menunjukkan gambar wajah penuh anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas di media sosial dihormati oleh semua peminat Neelofa kerana semua memahami Neelofa ingin menjaga privasi anak-anaknya itu.
Sekali pun Neelofa mengaburkan gambar Bilal dan Abbas setiap kali dikongsikan di media sosial, warganet masih tetap berharap agar suatu hari nanti Neelofa akan menunjukkan wajah hero kesayangannya itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Neelofa, beberapa keping gambar Bilal dan Abbas telah pun dimuatnaik.
Dengan kapsyen emoji buah tembikai dan pisang, gambar Bilal dan Abbas dari pandangan belakang dikongsikan kali ini. Bilal sudah semakin meninggi dan kelihatan lebih tinggi dari kabinet barang uminya itu. Kelihatan ada sekeping gambar passport pada cermin itu yang meriah perhatian warganet. Manakala Abbas pula yang berada di pintu kelihatan sudah hampir kepalanya dengan tombol pintu.

Hari berganti hari, Bilal dan Abbas membesar dengan sihat. Lihat sahaja tubuh badan dua beradik ini yang bambam. Anak-anak dalam proses membesar dan berselera makan begini, pasti seronok ibu menyediakan juadah untuk mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, lebih 60 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Handsome boy Bilal dan Abbas ni.. Nampak macam tak de harapan gmbar pandang depan hehe .. acik redho nakkk.. ”
” Big boy, he is growing so fast. Alhamdulillah walaupun jrg muncul tetapi sekali muncul ehhh dah besar Bilal dan Abbas. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh.. ”
” Letak lah gmbr Sama berapa kali, org tetap Akan like.. dah besar dah anak2 lofa.. semoga mereka menjadi anak2 soleh.. ”
” Tengok Abg bilal and Abbas from behind pun jadi lah. Ok done zoom gmbr kat cermin hehe.. face abbas ke tu.. ”
” Bilal dah tinggi melepasi kabinet, Abbas pulak tinggi hampir dengan tombol pintu… besar-besar boys lofa.. ”
” Eiiii geramnyaaa. cepatnya besar anak-anak lofa. bukan ke baru je bersalin semalam hehe.. ni masing-masing macam sama besar dah.. ”
” Heyy para budak² tecik.. awak tengah kemas apa tu.. tlg umi kemaskan barang ek .. comelnya, dah mcm kembar.. ”
Dapat melihat Abbas dan Bilal dari belakang pun sudah membuatkan warganet gembira. Mungkin hari ini tiak terlihat wajahnya, siapa tahu esok lusa Neelofa terbuka hati untuk memperlihatkan kecomelan wajah anak-anaknya ini kepada umum. Apa-apa pun, semoga Bilal dan Abbas membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

