Artis / Selebriti
” Kelakar Lofa lari terkedek-kedek. Haris pula memang betul tergelak tengok bini dah terlepas.. ” – Netizen
Video Terbaru Gelagat Neelofa Bersama Suaminya, Haris Ismail Buat Ramai Tak Kering Gusi Ketawa. Buat Hal Betul Lah Ummi Bilal Ni, Naik Pening Abah Bilal Dibuatnya, Haha !!
Siapa tidak mengenali Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa ini. Sejak dari awal kemunculannya di Dewi Remaja dan dalam dunia lakonan sehinggalah Neelofa mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata, kehidupannya sering menjadi perhatian warganet.
Meninjau di akaun Instagram Neelofa telah dikongsikan video content bersama suaminya, Haris Ismail. Menerusi video itu, pada awalnya kelihatan Neelofa dan Haris mahu keluar. Namun ketika baru sahaja melangkah beberapa kaki dari pintu rumah, Haris merasakan seperti Neelofa akan banyak berbelanja.
Haris kemudiannya berjalan seorang diri dan dia merasakan dia tidak akan berbelanja. Malah selepas itu, Harris meminta Neelofa sekali lagi untuk berjalan ke hadapan, namun perasaan Haris semakin kuat mengatakan Neelofa akan berbelanja banyak.

Lalu Haris membawa Neelofa masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Selepas itu, ada seorang datang menghantar barang yang dibeli oleh Neelofa. Setelah menerima barang tersebut, Neelefoa terus mengambil peluang berlari keluar dan meninggalkan Haris.
Tonton video di bawah ini :
Video tersebut sehingga kini menerima ribuan komen dan ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ramai yang terhibur melihat telatah pasangan ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Kelakar Lofa lari terkedek-kedek. Haris pula memang betul tergelak tengok bini dah terlepas.. Modal beli barang online je, terus dapat lolos haha.. “
” Kalau dibiarkan jalan terus ni mau berjuta juta habis zisss .. Perangai dia masih sama yer anak2 walaupun dah jadi ninja. Still comel.. “
” Hahahahahaha Lofa you lari comel sangatl lah.. Bukan setakat tengok banyak kali, siap pause nak tengok harga barang lagi.. “
” Hahahaha ummi Bilal dah rhosakkk (nada Jebat) hahahaha.. Penat gelak ulang2 tengok video ni.. Makin jadi2 Haris dan Lofa sekarang, haha.. “
” Hahahaha Dia tak dpt kuar, dia mai masuk ikut postage.. Perempuan selangkah keluar rumah mesti duit terkeluar jugak weh.. “
” Mesti lofa gelak terbahak2 ni.. Dapat bayang Lofa gelak haha.. Seronok bila pasangan sama² menghiburkan each other.. Semoga bahagia.. “
” Yg kelakar , org dah ada kat luar kenapa ketuk pintu lagi.. Hahaha kelakar lah Neelofa dengan pak ustaz.. speechless terusss pak ustaz tengok isteri dapat lari keluar.. “
Video lakonan Neelofa bersama Haris memang tak pernah tak kelakar. Ada peminat berseloroh mengatakan ummi Bilal sekarang semakin ‘r0sak’ dan telatah Neelofa dilihat sangat mencuit hati. Kalau ada yang perasan, penghantar barang itu adalah Sufian Suhaimi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



