Artis / Selebriti
” Suka betul tengok pasangan ni, sweet je masing-masing.. ” – Komen Netizen
Video Neelofa dan suaminya, Haris Ismail bermain rapid question game raih perhaian ramai. Alahai, sweetnya tengok Haris backup Lofa, hehe..
Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, telah menjadi tetamu jemputan di stesen Radio Zayan. Kehadiran mereka mencuri perhatian pendengar. Sesi temubual tersebut turut dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi radio berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, beberapa video yang memaparkan perbualan santai bersama pasangan suami isteri ini dimuatnaik. Kemesraan serta cara mereka berinteraksi jelas menggambarkan hubungan yang harmoni, sekali gus membuatkan ramai pendengar berasa terhibur dan tertarik untuk mengikuti perbincangan tersebut.
Antara topik yang dibincangkan dengan penyampai radio, Faizal Ismail dan Nana Mahazan adalah mengenai rancangan Mualim Muda. Untuk info, rancangan tersebut menampilkan Neelofa sebagai salah seorang juri, manakala Haris pula menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, sekali gus menjadi pengalaman istimewa apabila suami isteri ini terlibat dalam projek yang sama.

Selain itu, menerusi perkongsian video kedua, Neelofa dan Haris turut dilihat bermain satu permainan ‘rapid question’. Menerusi permainan tersebut, mereka diajukan pelbagai soalan berkaitan peribadi masing-masing, termasuklah siapa yang lebih sering mengalah dan siapa yang bijak mengawal situasi dalam rumahtangga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka betul tengok pasangan ni, sweet je masing-masing.. Now faham kenapa Lofa Pilih Haris sebagai suami, mmg pilihan tepat untuk Lofa saling melengkapi.. “
” Sebelum ni Lofa nampak dominant but lepas kawin totally change Lofa lagi humble and fully respect pada husband.. “
” MasyaAllah semoga rumahtangga ustz Haris neelofa sentiasa dlm rahmat Allah swt.. Tiljannah nunha Amin.. “
” Matang betul jawapan pasangan ni, alhamdulillah.. Tumpang happy tengok pasangan ni sentiasa bahagia.. “
” Betul, selalu jugak buat apa apa mesti cakap terima kasih. Kalau tak cakap, tak lengkap. Cukup untuk partner rasa dihargai.. “
” Pandai lofa ,bila dgn suami dia akan manja nmpk tak matang sbb itu yg suami nak . Jgn nmpk berdikari sangat . Itu kepeluan hubungan.. “
” Betol.. Pujian atau ucapan simple “Terima kasih” je ckop dah buat isteri sedunia bahagia.. Cukup untuk partner rasa dihargai.. “
Perkongsian ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi matang dan saling memahami antara Neelofa dan Haris. Tidak hairanlah rata-rata netizen memuji keserasian pasangan ini serta mendoakan agar rumahtangga mereka terus dilimpahi kebahagiaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

