Artis / Selebriti
” Tetiba air mata mengalir baca ucapan hari lahir Abbas daripada abah.. ” – Komen Netizen
Ucapan Haris Ismail istimewa sempena hari lahir anaknya, Abdullah Abbas yang ke 2 tahun buat ramai tersentuh. Harapan seorang abah yang menggunung. Sebak baca ayat Haris..
Anak adalah anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah kepada semua pasangan. Kebahagiaan bertambah apabila hadirnya cahayamata dalam kehidupan. Begitu lah yang dirasai oleh pendakwah bebas, Haris Ismail yang juga merupakan suami kepada usahawan, Neelofa.
Menerusi perkongsian terbaru Haris di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan sekeping gambar Haris bersama anak keduanya, Abdullah Abbas. Sempena ulangtahun kelahiran Abbas yang jatuh pada 11 Julai, Haris mencoretkan satu ucapan istimewa untuk Abbas.
Kata Haris, sepanjang hidupnya ini, sudah banyak impian dan kejayaan yang berjaya dicapai, namun semua itu tidak dapat menandingi rasa bahagianya apabila Abbas lahir. Mengimbau kembali detik Abbas dilahirkan, Haris memberitahu Abbas disambut dengan keheningan bahagia.

Cepat masa berlalu, Abbas sudahpun menginjak usia 2 tahun. Bait-bait ayat yang Haris zahirkan untuk Abbas menerusi kapsyennya ini menyentuh hati warganet. Kasih dan sayang seorang abah terhadap anaknya dan coretan ini membuatkan warganet tersentuh membacanya sehingga ke noktah yang terakhir.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sannah helwah cucu ku abbas .. moga Allah qabul semua doa2 abah , umi , dada, dadi, tok abah, tok umi dan semua yg mendoakan abbas.. amiin bi afiah tammah.. “
” Baca ni buatkan saya teringat arwah abah saya. DIA suka.menulis Surat kepada sya dulu. Moga abah ditempatkan Di syurga. Aamiin.. “
” Happy birthday baby Abbas.. Sannah Helwah Abbas. Mengalir air mata pula baca tulisan abah awak ni. Semoga Abbas membesar sebagai khalifah pembimbing ummah.. “
” Barakallahu fii umrik, ya abbas.. awatlah suwit sgt ayat abah awak ni abbas. nangis aunty baca. jadi anak soleh untuk umi abah ya abbas.. “
” Tetiba air mata mgalir baca ucpn hari lahir abbas dr abh.. Allahu teringtnyaa sy pd arwah abh sy… Alfatihah abah sy.. bestnya ada abah.. “
” Kapsyen abah ni buat sayu baca lah.. forever abah baby.. nty abass tanya abah.. abah create time umi tdur eaa tkut abah nangis .. Btw happy birthday ank solehh.. smoga sperti hafiz dan berjaya sperti ibu bapamu.. “
” Happy birthday Abbas, Indahnya caption abah Abbas.. Sebak pulak baca coretan bapa buat anak Tersayang.. Caption yg sgt menyentuh hati.. “
Coretan rasa yang indah dan setulus hati seorang abah untuk anak tersayang. Semoga segala impian Haris untuk Abbas dimakbulkan oleh Allah. Selamat hari lahir Abbas daripada kami di Berita Kopak dan semoga Abbas menjadi anak yang soleh serta kebanggaan umi dan abah apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hrisbismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

