Artis / Selebriti
” Ustaz Syah macam nak nangis je dengar Nabil dengan Radin nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video kumpulan Inteam menyanyi lagu Nur Kasih bersama Nabil Ahmad dan Radin buat ramai terhibur. Adui suara Inteam punya best, masuk je part Nabil terus hancur lagu. Cancel pergi konsert macam ni, haha..
Kumpulan nasyid terkenal, Inteam bakal mengadakan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang dijadualkan pada 27 September nanti. Sambutan yang hangat diberikan oleh ramai peminat Inteam dan tiket konsert laris dijual. Malah konsert juga ditambah menjadi 2 hari atas permintaan ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Inteam bersama penyampai radio Era, Nabil Ahmad dan Radin. Inteam hadir ke konti Era sebagai langkah promosi konsert yang bakal diadakan itu.
Kesempatan bertemu Inteam ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Nabil dan Radin. Mereka berpeluang berpadu suara bersama Inteam menyanyikan salah satu lagu popular Inteam berjudul Nur Kasih. Suara semua ahli Inteam masih merdu sama seperti dahulu.

Mendengar sahaja suara Nabil dan Radin membuatkan ramai yang terhibur. Memetik komen warganet, Nabil ‘merosakkan’ lagu nasyid dengan suaranya yang mendatar dan tiada lenggok itu. Ramai yang ketawa mendengar nyanyian Nabil, menyanyi pun kelakar Nabil ini.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Terimalah Nur Kasih versi 2025, @official_inteam featuring Out Team. Terus hilang lah eh mood sedih bila Out Team ni masuk. 😂 Full video di YouTube ERA! sharERA 3PAGIERA ERARadioNo1PalingLegit fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 95 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau konsert ada ahli baru macam nie, cancel la nak gi haha.. Struggle sungguh ahli baru ‘membahu’.. takut terseliuh je haha.. dekah aku tengok dorang ni.. “
” Baru nak feeling feeling sedih sampai part nabil dengan raden auto ketawa weh. rosak lagu.. “
” Kitorg ni masih broken tak dapat tiket inteam tapi tengok version ni tak jadi la haha.. best jd pengacara x semestinya best bila jd penyanyi..outt terus dpt kat nabil n radin.. gurau gurau ye hehe.. “
” Ustaz syah macam nak nangis ja dengar nabil dengan Radin nyanyi haha.. korng ni buat aku panas hati lah.. dah laa battle tiket tak dapat… aaarghhh.. “
” Boleh ke yg ahli baru ni suruh duduk belakang je. jangan bagi mic haha.. sejuk mata memandang.. terserlah nur inteam..yg 2 org tu no komen.. “
” Ahli baru ke.. tak jadi lah pergi konsert nanti haha.. kak dgr sambil tutup mata” ngape x sedap” buka mata tgk….”laaaa 2 ketul ni rupa nya”.. patut x sedap dgr hehe.. “
” Baru nak sedih, tengok Nabil terus meraung haha.. Yang tak ustaz gaya lebih dari ustaz sebenar ni.. ya ampun nabil, rosak lagu haha.. “
Rosak lagu apabila dapat ke tangan Nabil dan Radin, mood sedih secara automatic menjadi kelakar apabila mendengar suara mereka berdua. Nasib lah Inteam layankan sahaja kerenah Nabil dan Radin, hehe. Apa-apa pun, semoga konsert Inteam nanti akan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

